• Current

Soalan : Apakah JHEPA

Jawapan : JHEPA adalah singkatan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni yang bertanggungjawab merancang, menyedia dan melaksanakan aktiviti pembangunan pelajar dan perkhidmatan yang berkualiti kepada Pelajar. Di bawah JHEPA terdapat bahagian dan pusat-pusat tanggungjawab yang mengambil peranan masing-masing di dalam menjayakan misi dan visi ini.

Soalan : Apakah bahagian dan pusat tanggungjawab yang berada di bawah JHEPA

Jawapan : Di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni terdapat Pejabat TNC(HEPA), Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling, Pusat Sukan, Pusat Kesihatan, Pusat Kebudayaan, Pusat Kebolehpasaran Graduan, Pusat Transformasi Komuniti Universiti dan Pusat Perhubungan Alumni.

Soalan :  Apakah bantuan kebajikan yang disediakan oleh HEP kepada pelajar

Jawapan : Pelajar boleh memohon bantuan kebajikan bagi kes Kemalangan / Kematian / Insuran. Selain itu, HEP juga menyediakan saluran untuk para pelajar membuat Pinjaman Tabung Kebajikan, biasiswa, dan Pinjaman Wang Segera

Soalan : Bagaimanakah untuk memohon Pinjaman Tabung Kebajikan

Jawapan : Pelajar perlu memohon melalui MyUPSI Portal dan hantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar cetakan borang permohonan bersama dokumen seperti yang dinyatakan di dalam borang yang telah dicetak.

Soalan : Dimanakah saya perlu merujuk untuk sebarang urusan berkaitan kertas kerja pelajar dan urusan-urusan lain berkaitan program anjuran pelajar

Jawapan : Untuk sebarang urusan berkaitan kertas kerja dan sebarang program atau aktiviti badan pelajar adalah di Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City

Soalan : Apakah Badan Pelajar

Jawapan : Badan Pelajar adalah sesebuah pertubuhan pelajar sama ada Persatuan / Kelab / Anak Negeri / Sekretarian / Majlis yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

We Are Here For You

*

Our staff members are committed to provide a quality support and services that help students to get the most out of their college experience.

 

Need Help? Call Us

Our support Hotline is available 24 Hours
Student Affairs Hotline : 019 - 571 9977

UPSI Health Center : 05 - 450 6672
Monday-Friday : 8am to 5pm

 

Need support? Visit Us

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Aras 1, Blok A
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Phone : 05 - 450 5327

Question? Follow Us

Email : jhepa@upsi.edu.my

Facebook : Jhepa UPSI

FB Page : BAHAGIAN PERKHIDMATAN 4U