Pusat ini bertanggungjawab untuk memberi kemudahan sukan kepada pelajar dan juga staf serta menyelaras aktiviti-aktiviti sukan berprestasi tinggi di peringkat Universiti.

Atara unit-unit pusat sukan.

 

 

UNIT PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  •       Mengurus dan mentadbir kewangan dan akaun-akaun di bawah Pusat Sukan
  •       Menyelenggara kewangan untuk aktiviti/program sukan pelajar dan staff
  •       Mentadbir pergerakan kakitangan Pusat Sukan seperti jadual pergerakan kakitangan dan rekod cuti
  •       Menyelaras keperluan pejabat seperti pembelian bekalan am pejabat, pembelian computer dan lain-lain
  •       Mengurus Sumber Manusia Pusat Sukan.
  •       Mengurus laporan, mesyuarat dan minit Pusat Sukan.

 

 

UNIT PENGURUSAN ACARA

  •      Merancang dan merangka program bagi penganjuran kejohanan dalaman dan terbuka Universiti. 

  •      Bertanggungjawab menyediakan kertas kerja dan kelulusan bagi setiap acara dan program di peringkat dalaman dan luaran. 

  •      Bertanggungjawab mengurus dan memastikan kelab dan persatuan sukan berfungsi dengan baik. 

  •      Memantau keberkesanan program latihan atlit (pelajar dan kakitangan). 

  •      Bertindak sebagai pengurus bagi acara dan kejohanan sukan peringkat dalaman serta luaran.

 

 

UNIT KECERMELANGAN SUKAN PELAJAR

  •      Merancang dan mengurus pembangunan sukan UPSI.

  •      Membentuk pasukan-pasukan Universiti yang jitu melalui penyertaan pasukan kekejohanan luar anjuran IPTA/IPTS.

  •      Melatih atlit-atlit UPSI melalui latihan berterusan kelab seperti penganjur kejohanan-kejohanan terbuka dan tertutup UPSI anjuran kelab sukan pelajar.

  •      Mengenal pasti atlit-atlit yang berpotensi tinggi untuk mewakili Universiti kekejohanan MASUM dan SUKMA.

  •      Menganjurkan kem pemantapan atlit sebagai persediaan awal ke karnival sukan MASUM & IPT Malaysia.

  •      Mengurus dan merancang kem latihan persediaan atlit UPSI.

  •      Membuat penilaian dan laporan prestasi jurulatih yang dilantik.

  •      Mengurus kemasukan atlit melalui saluran khas.

 

 

UNIT KORPORAT, PROMOSI, PUBLISITI DAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

  •      Mengenal pasti staf-staf yang berkebolehan untuk mewakili Univetsiti ke Kejohanan sukan Badan-Badan Berkanun dan Kejohanan Sukan Staf Antara IPTA Malaysia.

  •      Menganjur Kejohanan Antara Jabatan (Kejohanan Dalaman) secara tahunan sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan luar.

  •      Menyelaras program dan aktiviti sukan Staf anjuran UPSI.

  •      Merancang, mengurus dan melaksana Sukan Bitara UPSI.

  •      Mengurus penyediaan bajet dan laporan Sukan Staf kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.

  •      Mengurus aktiviti-aktiviti kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

  •      Menguruskan hebahan/promosi di laman web/laman sosial emel Pusat Sukan.

  •      Berhubung dengan pihak media melalui Bahagian Komunikasi (BKK) untuk makluman/promosi aktiviti ataupun kejayaan yang dicapai oleh atlit UPSI.

  •      Merancang dan mengurus pembangunan sukan Staf UPSI.

 

 

UNIT KEMUDAHAN & FASILITI SUKAN

  •       Menyediakan kemudahan sukan seperti padang, gelanggang untuk kegunaan warga UPSI dan orang awam.

  •      Menyediakan peralatan sukan yang mencukupi untuk kegunaan pelajar dan staf seperti bola, jersi, kayu hoki dan lain-lain.

  •      Menguruskan jadual tempahan kemudahan sukan oleh pelajar, staf dan orang awam mengikut tempahan di Pusat Sukan.

  •      Menyelia Kompleks Gimnasium (KSAJS) dan Kompleks Sukan (KSAS) seperti pemasangan lampu gelanggang untuk kegunaan pelanggan.

  •      Membuat aduan kerosakan kepada Jabatan Pengurusan Pembangunan & Harta Benda jika terdapat kerosakan pada kemudahan sukan, bilik mesyuarat dan pejabat.

  •      Membuat perancangan penggunaan kemudahan sukan untuk latihan atlit UPSI.

  •     Memastikan penyelenggaraan garisan padang secara berkala.

 

 

We Are Here For You

*

Our staff members are committed to provide a quality support and services that help students to get the most out of their college experience.

 

Need Help? Call Us

Our support Hotline is available 24 Hours
Student Affairs Hotline : 019 - 571 9977

UPSI Health Center : 05 - 450 6672
Monday-Friday : 8am to 5pm

 

Need support? Visit Us

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni,
Aras 1, Blok A
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Phone : 05 - 450 5327

Question? Follow Us

Email : jhepa@upsi.edu.my

Facebook : Jhepa UPSI

FB Page : BAHAGIAN PERKHIDMATAN 4U