• Current

 

Perkhidmatan Bas Kitaran

1.   
Soalan:            
Berapakah bilangan bas kitaran yang beroperasi daripada hari Isnin hingga Ahad?

Jawapan:

                    

Isnin hingga Jumaat - 24 buah bas
Sabtu - 12 buah bas
Ahad - 4 buah bas
2. Soalan : Bilakah waktu operasi bas kitaran?
Jawapan: Waktu operasi bas kitaran bermula jam 7.30 pagi hingga 11.00 malam.
3. Soalan : Bagaimana prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan bas kitaran bagi aktiviti/program pelajar?
Jawapan:



Sebarang aktiviti/program yang melibatkan penggunaan bas kitaran (Kiffah) perlulah memohon kebenaran penggunaan secara bertulis kepada Ketua Timbalan Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JHEPA dan setiap penganjuran aktiviti/program pelajar adalah disarankan untuk diselesaikan sebelum jam 11.00 malam.
4. Soalan : Bagaimana prosedur untuk mendapatkan perkhidmatan bas kitaran secara sewaan?
Jawapan:


Pelajar perlu membawa salinan kertas kerja yang telah diluluskan peruntukkan sewaan bas kepada Unit Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).
5. Soalan : Bagaimana aduan mengenai bas kitaran boleh dilakukan?
Jawapan:



Pelajar perlu mendapatkan nombor pendaftaran bas, masa dan lokasi kesalahan dilakukan, nama pemandu (sekiranya tahu), gambar atau rakaman video sebagai bukti dan seterusnya boleh dipanjangkan aduan tersebut kepada Unit Perkhidmatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

 

 

Perkhidmatan Kafeteria

 

1. Soalan : Berapakah bilangan kafeteria di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni?

   Jawapan : Ada 10 buah kafeteria di bawah pengurusan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

2. Soalan : Dimanakah lokasi kafeteria-kafeteria berikut?

   Jawapan : Lokasi kafeteria adalah seperti berikut:-Bil.

 

Kafeteria

Lokasi

Unit

1.

Kafeteria Fakulti Muzik dan Seni Persembahan

Belakang Kompleks Fakulti Muzik & Seni Persembahan, KSAJS

1

2.

Kafeteria Muzium

Muzium Pendidikan Nasional, KSAJS

1

3.

Kafeteria Kolej Za’ba

Aras Bawah, Dewan Kolej Za’ba, KSAS

3

4.

Kafeteria Dewan Kuliah

Belakang Pusat ICT, KSAS

2

5.

Kafeteria Pusat Islam

Sebelah Pusat Islam, KSAS

2

6.

Kafeteria Sukan

Stadium Arena, Pusat Sukan, KSAS

1

 

3. Soalan : Bilakah waktu operasi kafeteria di kolej kediaman?

   Jawapan :  Waktu operasi kafeteria di kolej kediaman adalah seperti berikut :-

Hari : Isnin – Ahad
Masa : 7.00 pagi – 10.30 malam

4. Soalan : Jika harga makanan atau minuman yang dibeli mahal, bagaimanakah aduan boleh dibuat?

   Jawapan : Pelajar boleh meminta resit jualan makanan dan minuman yang dibeli daripada pengusaha jika dirasakan harga jualan tidak munasabah dan seterusnya boleh membuat aduan kepada Unit Perkhidmatan Pelajar, BHEP dengan menyertakan resit pembelian tersebut sebagai bukti.

5. Soalan : Sekiranya makanan yang dibeli basi atau mengandungi bendasing seperti rambut, ulat, dan lain-lain, apakah tindakan yang perlu dibuat?

   Jawapan: Pelajar perlu terus memaklumkan pada pengusaha kafeteria dan seterusnnya mengambil gambar atau video sebagai bukti serta memberikan maklumat nama kafeteria, masa dan tarikh kejadian, perkara yang diadukan berserta bukti aduan kepada Unit Perkhidmatan Pelajar, BHEP untuk tindakan lanjut.