• Current

Soalan :  Apakah bantuan kebajikan yang disediakan oleh HEP kepada pelajar

Jawapan : Pelajar boleh memohon bantuan kebajikan bagi kes Kemalangan / Kematian / Insuran. Selain itu, HEP juga menyediakan saluran untuk para pelajar membuat Pinjaman Tabung Kebajikan, biasiswa, dan Pinjaman Wang Segera

Soalan : Bagaimanakah untuk memohon Pinjaman Tabung Kebajikan

Jawapan : Pelajar perlu memohon melalui MyUPSI Portal dan hantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar cetakan borang permohonan bersama dokumen seperti yang dinyatakan di dalam borang yang telah dicetak.

Soalan : Dimanakah saya perlu merujuk untuk sebarang urusan berkaitan kertas kerja pelajar dan urusan-urusan lain berkaitan program anjuran pelajar

Jawapan : Untuk sebarang urusan berkaitan kertas kerja dan sebarang program atau aktiviti badan pelajar adalah di Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah di Proton City

Soalan : Apakah Badan Pelajar

Jawapan : Badan Pelajar adalah sesebuah pertubuhan pelajar sama ada Persatuan / Kelab / Anak Negeri / Sekretarian / Majlis yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni