LOKASI BERSEJARAH

PADANG SITC

Padang SITC merupakan satu simbol kemegahan maktab serta terkenal sebagai sebuah padang acara yang tercantik di negara ini pada suatu ketika dahulu. Banyak peristiwa penting berlangsung di padanag ini seperti perhimpunan masyarakat tempatan semasa darurat sekitar tahun 1948 hingga 1960, sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri, perbarisan pasukan beruniform seperti Federated Malay State Volunteer Force (FMSVF), jambori Pengakap, Pandu Puteri dan Bulan sabit Merah. Kawasan padang ini juga pernah dijadikan sebagai tempat pendaratan helikopter yang membawa pemimpin-pemimpin negara yang mengadakan lawatan ke SITC/MPSI. Sekitar tahun 1950 hingga 1970-an, pasukan hoki dan bola sepak maktab ini dikatakan adalah antara pasukan yang terbaik di antara sekolah-sekolah dan maktab-maktab di Malaysia. Padang ini juga kerap kali dijadikan sebagai tempat perlawanan akhir bagi sukan-sukan tersebut.

BANGUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG MALIM (SKTM)

Bangunan ini pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Latihan SITC, kemudiannya ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim (SKTM). Bangunan SKTM ini diperbuat daripada kayu dan menyerupai reka bentuk sekolah zaman penjajahan British. Sekolah tersebut dibuka pada tahun 1930, yang diketuai oleh guru besar bernama Cikgu Lembang. Murid-muridnya terdiri daripada anak-anak pensyarah, pekerja dan penduduk tempatan. Sekolah ini menjadi sekolah latihan mengajar penuntut-penuntut SITC sebelum ditempatkan untuk mengajar di sekolah-sekolah di seluruh negara selepas tamat pengajian. Sekolah Latihan SITC ini kemudiannya dikelolakan oleh guru-guru Maktab Perguruan Sultan Idris. Pada tahun 1989, SKTM  telah berpindah bangunan baru di Jalan Ketoyong di satu kawasan seluas 8 hektar. Bangunan lama sekolah tersebut masih dikekalkan hingga sekarang dan diambil alih oleh UPSI.

BEKAS TAPAK HUKUMAN PANCUNG TENTERA JEPUN

Sewaktu pendudukan Jepun di Tanjong Malim, kawasan SITC dijadikan sebagai markas operasi tentera Jepun. Kawasan ini dikatakan pernah menjadi tapak untuk perlaksanaan hukuman pancung oleh tentera Jepun. Jepun mula menduduki SITC pada bulan Februari 1941 hingga Ogos 1945. Sepanjang pendudukan Jepun, penuntut SITC dipindahkan ke Istana Hilir dan Istana Hulu di Kuala Kangsar, manakala barang-barang pula diangkut melalui kereta api yang dimuatkan dalam 70 buah gerabak. Apabila penggal pengajian disambung kembali pada 1 April 1946, kawasan ini terpaksa dibersihkan kerana banyak dijumpai tengkorak dan tulang-tulang manusia yang tertimbus dalam lubang dan kubu-kubu yang terbiar serta dipenuhi semak samun.

DEWAN MAKAN SITC

Bangunan ini suatu ketika dahulu pernah dijadikan sebagai dewan makan SITC dan MPSI bermula dari tahun 1922 hingga 1983 yang boleh memuatkan antara 300 hingga 400 orang pelajar pada satu-satu masa. Apabila Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) ditubuhkan di kawasan SITC pada 1957, dewan makan ini dikongsi kegunaan bersama-sama dengan pelajar-pelajar SDAR. Pada November 1983, bangunan dewan makan ini telah diubah suai dan dijadikan sebagai Perpustakaan MPSI sehingga Oktober 2003. Pada Disember 2004, perpustakaan ini telah berpindah ke bangunan baharu, kemudian bangunan ini sekali lagi telah diubah suai menjadi Pusat ICT UPSI sehingga tahun 2010. Pada Jun 2010, Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI telah mengambil alih bangunan ini untuk dijadikan pejabat pentadbiran.

BANGUNAN KUTUB KHANAH

Bangunan Kutub Khanah Maktab Perguruan Sultan Idris atau Perpustakaan MPSI ini telah dirasmikan pada 10 Disember 1959 oleh YB Encik Md Khir bin Johari yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pelajaran Malaysia. Peruntukan sebanyak RM18,000.00 digunakan untuk membina bangunan ini dan dijadikan khutub Khanah (perpustakaan) setelah dipindahkan dari sebuah bilik di tingkat atas Bangunan Suluh Budiman. Dua bahagian dalam bangunan ini dikenali sebagai ‘Bilek Dussek’ dan ‘Bilik Khir’ yang menempatkan buku-buku bacaan dan majalah. Pada tahun 1985, perpustakaan berpindah ke bangunan dewan makan SDAR.

BANGUNAN TADAH SELATAN

Bangunan Tadah Selatan mempunyai tiga anjung iaitu Anjung Tun Perak, Anjung Tun Seri Lanang dan Anjung Hang Tuah. Bangunan ini dibina agak lewat sedikit berbanding dengan Bangunan Suluh Budiman iaitu setelah asrama Tadah Utara siap. Bangunan ini juga digunakan sebagai asrama kepada pelajar-pelajar yang boleh memuatkan 60 hingga 70 orang pada satu-satu masa. Bangunan ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1930. Bangunan Asrama ini berbentuk geometri atau bangunan bercabang tiga yang menempatkan Asrama D, Asrama E dan Asrama F. Di bangunan ini juga terdapat satu ruang legar yang dinamakan perserian. Setiap bilik boleh memuatkan lebih kurang 30 orang pelajar. Di dalam setiap bilik pula terdapat sebuah bilik ketua (bahagian depan) dan penolong ketua (bahagian tengah bilik). Pada awal tahun 1940, nama-nama bahagian bilik telah ditukar iaitu Asrama D kepada Tun Perak, Asrama E kepada Tun Seri Lanang dan Asrama F kepada Hang Tuah.

RUMAH PENGETUA SITC

Rumah Pengetua SITC yang ini dahulunya pernah dijadikan rumah kediaman O.T. Dussek, Pengetua SITC berbangsa Inggeris yang pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, Bangunan SITC termasuk rumah pengetua SITC dijadikan sebagai markas tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur, ia dijadikan sebagai markas tentera Jepun. Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, rumah ini dipercayai terbiar dan tidak berpenghuni sehingga tahun 2002. Rumah ini diubah suai dan dicat baru buat pertama kalinya pada tahun 2002 untuk dijadikan sebagai kediaman sementara Naib Canselor UPSI yang ke-3, Tan Sri Dr. Muhammad Rais bin Abdul Karim. Naib Canselor UPSI yang ke-4 iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah binti Ayob pernah mendiami rumah ini dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Kini rumah ini telah dijadikan sebagai rumah tamu universiti. Rumah ini juga turut dijadikan sebagai tempat berlangsungnya pelbagai acara seperti perjumpaan alumni SITC/MPSI, majlis keramaian, bengkel, tahlil, hari keluarga dan majlis makan malam.

DEWAN SENAMAN SITC

Rumah Pengetua SITC yang ini dahulunya pernah dijadikan rumah kediaman O.T. Dussek, Pengetua SITC berbangsa Inggeris yang pertama. Semasa Perang Dunia Kedua, Bangunan SITC termasuk rumah pengetua SITC dijadikan sebagai markas tentera British dan kemudiannya setelah tentera British berundur, ia dijadikan sebagai markas tentera Jepun. Setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua, rumah ini dipercayai terbiar dan tidak berpenghuni sehingga tahun 2002. Rumah ini diubah suai dan dicat baru buat pertama kalinya pada tahun 2002 untuk dijadikan sebagai kediaman sementara Naib Canselor UPSI yang ke-3, Tan Sri Dr. Muhammad Rais bin Abdul Karim. Naib Canselor UPSI yang ke-4 iaitu Profesor Emeritus Dato’ Dr. Aminah binti Ayob pernah mendiami rumah ini dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Kini rumah ini telah dijadikan sebagai rumah tamu universiti. Rumah ini juga turut dijadikan sebagai tempat berlangsungnya pelbagai acara seperti perjumpaan alumni SITC/MPSI, majlis keramaian, bengkel, tahlil, hari keluarga dan majlis makan malam.

RUMAH GURU SITC

Rumah ini dikatakan pernah dijadikan rumah kediaman kepada guru SITC. Kini rumah ini telah dijadikan sebagai rumah Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB). Pada era SITC, rumah-rumah guru dibina untuk memberikan kemudahan kepada guru-gurudi samping menjaga penuntut yang tinggal di asrama. Kebanyakan rumahguru ini dirobohkan kerana telah rosak teruk dan dibina bangunan-bangunan baharu pada era UPSI. Namun sebuah rumah dibaik pulih dan dikekalkan identiti asal untuk tontonan generasi akan datang.

RUMAH ZA’BA

Rumah ini pernah menjadi kediaman Pendeta Za’ba sewaktu beliau berkhidmat di SITC sebagai penterjemah di Pejabat Karang Mengarang SITC dari tahun 1924 hingga 1939. Pada tahun 2002, Perpustakaan UPSI yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga rumah tersebut telah menjadikannya sebagai Galeri Za’ba. Pada tahun 2010, rumah ini digunakan sebagai pejabat pengawal keselamatan UPSI. Kini di bawah pengurusan Muzium Pendidikan Nasional, rumah tersebut telah dibaik pulih dan dijadikan pula sebagai “living museum” yang mempamerkan sejarah, karya, koleksi, gambar dan sumbangan Za’ba di bidang penulisan dan penerbitan sewaktu beliau berkhidmat di SITC.

POKOK TEMBUSU

Pokok Tembusu ini dikatakan ditanam pada era SITC dan berusia sekitar 90 tahun seusia dengan bangunan-bangunan utama SITC. Pokok ini mempunyai nilai sentimental dan sejarahnya yang tersendiri khusunya dalam kalangan alumni maktab ini. Pokok ini menjadi hiasan dan peneduh kepada orang ramai yang menghadiri acara-acara tertentu yang berlangsung di padang.

DEWAN RAHMAN TALIB

Dewan Rahman Talib dahulunya merupakan  dewan bagi Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) yang mana namanya dan struktur bangunanya masih kekal sama seperti yang asal. Dewan ini telah dirasmikan pada 3 Oktober 1964 oleh Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pelajaran Malaysia yang ketiga. Selain digunakan untuk aktiviti sekolah, dewan ini juga turut disewakan kepada persatuan dan masyarakat di sekitar Tanjong Malim. P. Ramlee dan Saloma juga pernah mengadakan persembahan nyanyian di dalam dewan ini pada suatu ketika dahulu.

BANGUNAN SULUH BUDIMAN

Dewan Rahman Talib dahulunya merupakan  dewan bagi Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) yang mana namanya dan struktur bangunanya masih kekal sama seperti yang asal. Dewan ini telah dirasmikan pada 3 Oktober 1964 oleh Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pelajaran Malaysia yang ketiga. Selain digunakan untuk aktiviti sekolah, dewan ini juga turut disewakan kepada persatuan dan masyarakat di sekitar Tanjong Malim. P. Ramlee dan Saloma juga pernah mengadakan persembahan nyanyian di dalam dewan ini pada suatu ketika dahulu.

SURAU AN-NUR

Surau An-Nur ini dibina serentak dengan Bangunan Suluh Budiman iaitu pada Ogos 1919 dan siap sepenuhnya pada Jun 1922. Bangunan ini direka bentuk oleh seorang arkitek terkenal dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bernama Kestevan. Pada era MPSI, surau ini juga dikenali sebagai Surau Pak Aris, sempena nama seorang jurugambar yang bertugas di MPSI sekitar tahun 1980-an yang dikatakan gigih menguruskan surau ini. Sekarang surau ini telah dibaik pulih, dicat baru serta dilengkapi dengan sistem pembesar suara yang moden dan diletakkan di bawah pengurusan Pusat Islam UPSI. Surau ini boleh memuatkan kira-kira 100 orang jemaah pada satu-satu masa.