INFO KEBAJIKAN

KEBAJIKAN

Kebajikan pelajar dibahagikan kepada empat (4) skop yang sentiasa menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar:

Skop pengurusan pinjaman, tajaan dan biasiswa

Permohonan, penolakan dan lanjutan untuk Pinjaman / Tajaan / Biasiswa Pendidikan dan tuntutan elaun untuk penerima biasiswa KPM

Skop bantuan kewangan kepada Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)

Pelajar mesti berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan layak memohon jika menerima bantuan berdasarkan merit.

Skop pengurusan permohonan untuk Tabung Kebajikan Pelajar (TKP)

Kebajikan pelajar menyediakan Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar (BTKP), Derma Tabung Kebajikan Pelajar (DTKP) dan Pinjaman Wang Segera (PWS).

Skop pengurusan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (Tuntutan Insurans)

Pelan ini membolehkan pelajar / waris membuat tuntutan seperti dalam jadual skop perlindungan dan jadual manfaat.

Sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Seksyen Kebajikan, Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar:

019-571 9977

skpp.bhep@upsi.edu.my