INFO KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ KEDIAMAN

Kolej kediaman merupakan pusat pembelajaran kedua selepas dewan kuliah dan melengkapi semua Universiti. Di UPSI, kami menyediakan 5 kolej kediaman yang terletak di Kampus Sultan Azlan Shah dan 1 Unit Perumahan Luar Kampus, iaitu Kolej KHAR, Kolej KUO, Kolej KAHS, Kolej KAB, Kolej KZ dan UKLK. Berikut adalah butiran untuk setiap kolej kediaman:

Kolej BLMT

Kapasiti: 3456 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej BLMT

Kapasiti: 3456 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej BLMT

Kapasiti: 3456 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej UPSI

Kapasiti: 1820 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej UPSI

Kapasiti: 2100 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej UPSI

Kapasiti: 2100 Pelajar

Previous slide
Next slide

Kolej ini mempunyai 6 blok iaitu 2 blok untuk pelajar lelaki dan 4 blok untuk pelajar perempuan. Kapasiti maksimum untuk Kolej KHAR adalah 3456 pelajar. Setiap rumah dalam satu blok mempunyai 3 bilik dan setiap bilik memuatkan 2 katil dua tingkat. Ini menjadikan satu rumah boleh didiami oleh 12 pelajar.

KOLEJ HARUN AMINURRASHID
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak, Malaysia.

Tel: +6015 4879 7900/7902
Email: khar@upsi.edu.my

Kolej ini mempunyai 6 blok iaitu 2 blok untuk pelajar lelaki dan 4 blok untuk pelajar perempuan. Kapasiti maksimum untuk Kolej KUO adalah 3456 pelajar. Setiap rumah dalam satu blok mempunyai 3 bilik dan setiap bilik memuatkan 2 katil dua tingkat. Ini menjadikan satu rumah boleh didiami oleh 12 pelajar.

KOLEJ UNGKU OMAR
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak, Malaysia.

Tel: +6015 4879 7100
Email: kuo@upsi.edu.my

Kolej ini mempunyai 6 blok iaitu 2 blok untuk pelajar lelaki dan 4 blok untuk pelajar perempuan. Kapasiti maksimum untuk Kolej KAHS adalah 3456 pelajar. Setiap rumah dalam satu blok mempunyai 3 bilik dan setiap bilik memuatkan 2 katil dua tingkat. Ini menjadikan satu rumah boleh didiami oleh 12 pelajar.

KOLEJ AWANG HAD SALLEH
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Tel: 015-4879 7899 / 7884
Email: kahs@upsi.edu.my

Kolej ini mempunyai 4 blok iaitu 1 blok untuk pelajar lelaki dan 3 blok untuk pelajar perempuan. Kapasiti maksimum untuk Kolej KAB adalah 1820 pelajar. Setiap rumah dalam satu blok mempunyai 3 bilik dan hanya bilik 1 dan bilik 2 menggunakan dua katil dua tingkat manakala bilik 3 menggunakan katil bujang. Ini menjadikan satu rumah boleh didiami oleh 10 pelajar. Kolej KAB juga merupakan penempatan untuk pelajar yang menjadi ahli PALAPES sepanjang pengajian mereka di UPSI.

KOLEJ AMINUDDIN BAKI
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia.

Tel: 015-48797810
Email: kab@upsi.edu.my

Kolej ini mempunyai 5 blok tetapi 1 blok digunakan untuk disewa kepada orang luar. Baki 4 blok lagi dibahagikan kepada 1 blok untuk pelajar lelaki dan 3 blok untuk pelajar perempuan. Kapasiti maksimum untuk Kolej KZ adalah 2100 pelajar. Setiap rumah dalam satu blok mempunyai 3 bilik dan hanya bilik 1 dan bilik 2 menggunakan dua katil dua tingkat manakala bilik 3 menggunakan katil bujang. Ini menjadikan satu rumah boleh didiami oleh 10 pelajar. Kolej KZ juga merupakan penempatan untuk pelajar yang menjadi ahli SUKSIS dan SISPA sepanjang pengajian mereka di UPSI.

KOLEJ ZA’BA
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Tel: 05 – 450 6779
Email: kz@upsi.edu.my

Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) yang ditubuhkan pada tahun 2002 dengan tujuan menjaga kebajikan pelajar yang tinggal di kawasan perumahan sekitar UPSI kini giat melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan masyarakat amnya. Idea penubuhan unit ini adalah untuk mengambil kira jumlah pelajar yang hampir 60 peratus tinggal di kawasan perumahan sekitar Tanjong Malim. Oleh itu, UPSI melalui Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) merasakan bahawa langkah paling strategik untuk memantau keselamatan dan kebajikan pelajar luar kampus adalah dengan menubuhkan unit yang boleh berinteraksi dengan pelajar dan seterusnya menjadi penghubung antara universiti dan pelajar luar kampus.

UNIT KEDIAMAN LUAR KAMPUS
Tingkat 2, Bangunan Bitarasiswa,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900, Tanjong Malim,
Perak, Malaysia

Tel: 05-450 6964
Email: uklk@upsi.edu.my